Rancangan simpanan kewangan bagi yang bergaji RM 1500.00

 Sepanjang pandemik covid 19 yang belum habis ni, kebanyakan orang Malaysia kehilangan pekerjaan, lantas ramai juga yang cuba alternatif lain dalam mencari pendapatan. Ada yang jadi rider penghantar makanan dan barangan, dan tak kurang ada juga yang jadi peniaga kecil kecilan. Bagi yang bernasib baik pula ada yang dapat kekal dalam pekerjaan masing-masing walaupun aktiviti ekonomi di Malaysia semasa pandemik adalah terhad. Kebanyakan majikan juga ada yang mengambil langkah mengurangkan gaji pekerja, oleh itu ramai dari pekerja yang makan gaji minimum. 

RM 1500 sesuai dijadikan contoh penulisan ini. Dan juga sesuai untuk mereka yang baru memulakan alam pekerjaan kerana lazimnya mereka yang baru mula bekerja ditawarkan dengan gaji serendah gaji minimum sebagai langkah permulaan membina pengalaman bekerja. 

Ok, balik kepada topik asal iaitu rancangan simpanan bagi yang bergaji RM 1500. Terlebih dulu, buat pengiraan perbelanjaan sebulan anda dahulu. Sebagai Contoh : 

PERBELANJAAN SEBULAN SAYA :

Sewa Rumah/ Bilik - RM 600.00

Bil Elektrik dan Air - RM 60.00

Bil Telefon - RM 50.00

Bil Internet - RM 90.00

Kenderaan - RM 100

Makan Minum - RM 250

Jumlah kos perbelanjaan sebulan = RM 1150.00


Sekarang dah dapat jumlah kos perbelanjaan sebulan iaitu RM 1150.00. Perlu diingatkan, contoh bagi kos belanja kenderaan disini boleh jadi hutang motorsikal atau kenderaan awam. Untuk mengurangkan kos perbelanjaan supaya ada lebihan wang untuk disimpan pada setiap bulan. 

Kos perbelanjaan perlu dikurangkan dibawah jumlah gaji sebulan.

Dalam contoh ini, perbelanjaan sebulan adalah RM 1150.00 iaitu lebih rendah dari jumlah pendapatan iaitu RM 1500.00

Jika jumlah perbelanjaan melebihi jumlah pendapatan, maka rancangan simpanan akan gagal, oleh itu adalah lebih baik membuat pengurangan kos perbelanjaan untuk mencapai matlamat simpanan. 

Berapa banyak wang boleh disimpan dengan pendapatan RM 1500.00

Dalam contoh ini kita boleh simpulkan. 

Jumlah simpanan = Pendapatan - Perbelanjaan

iaitu RM 1500 - RM 1150 = RM 350

Jumlah simpanan yang boleh disimpan dalam sebulan adalah sebanyak RM 350! iaitu sekitar 23% dari jumlah pendapatan. Anda boleh juga tetapkan dari awal kepada peratus genap, contoh anda boleh tetapkan samada nak simpan 20% atau 25% dari jumlah pendapatan. Katakan anda tetapkan peratus simpanan sebanyak 20%

Jika kita berjaya mengekalkan peratus simpanan ini selama setahun, dengan bergaji RM 1500 mari kita tengok berapa banyak kita dah simpan. 

RM 1500 x 20% = RM 300

RM 300 x 12 bulan = RM 3600

Ini bermaksud dengan membuat simpanan sebanyak 20% daripada gaji RM 1500, dalam masa setahun simpanan bersih anda memperoleh sebanyak RM 3600.

Anda boleh putuskan dengan simpanan ini terus disimpan atau dilaburkan kepada mana-mana instrumen pelaburan untuk menggandakan simpanan anda.


Sumber Foto : https://1.bp.blogspot.com


Comments